17.10.19

NOW, Ibu Samurai Cilik sebagai perunding kecantikan Mary Kay

lamanya tak update blog....dah bersarang....


APA IBU SC BUAT SEKARANG?

Kenapa ibu SC join Mary Kay?

Rentetan cerita tentang lush

Ibu SC mengalami kulit yang sangat sensitif...
Sekembalinya ke Malaysia, ibu SC join skin care class MK oleh kawan sekolah...

Bermula episod jatuh cinta pada company ni sebab ibu SC boleh tukar serum yang tak sesuai dengan kulit kepada produk yang sesuai dengan diri sendiri.

Ibu SC terus share dan share dengan kawan sekolah dan saudara yang rapat. Alhamdulillah, kini ibu SC bergelar Senior Sales Director Mary Kay...


Tahun pertama bergelar Sales Director

Raya kt Malaysia dah...

Adik Samurai Cilik...doakan dia terus sinat

make up finishing spray...meredakan kulit yang kegatalan akibat allergic

Sales Director suit





mini offs kat rumah....baru orang percaya saya guna dan jual Mary Kay

COD sekitar Melaka

my team yang sangat supportive......rindu nak belanja uolls lagi.....jom meroket lagi...




nanti bu SC upload lagi k tentang promo terkini...

join Mary Kay serendah rm70 sahaja

pm me - 0177403530


26.12.15

Nenek Atuk Samurai Cilik ke Jepun..

Alhamdulillah....sebelum pulang ke tanah air sempat membawa mak ayah berjalan-jalan ke Jepun.
Sempatlah mereka merasa salji di negara orang. Lebih kurang seminggu juga mereka di sana. Moga percutian tersebut bermanfaat bagi mereka.

On the way ke Gunung Fuji

Malaysia boleh !!!!

Di hadapan Rainbow Bridge, Tokyo

Menikmati juadah yang dibawa....ada nasi impit, nasi beriani dan macam-macam lagi
will be update soon....ibu Samurai Cilik busy sangat

16.4.14

Tanam Bunga di tepi Rumah

  Ambil kesempatan menanam pokok sendiri di tepi rumah sempena musim bunga. Geram tengok pokok-pokok bunga dijual di merata tempat dengan harga yang murah dalam 100yen ke 300yen sahaja. Bila dah ada pokok sendiri, hari-hari nak keluar tengok dan siram. Jadi hobi baru pula. 

  Alhamdulillah, kembang mekar bunga matahari. Walaupun bunga matahari ni akan mekar apabila musim panas. Harap-harap dapatlah bertahan selama yang mungkin. Terasa pula nak tambah koleksi bunga lain...teringin nak lavendar dan daisy pula.



roses...

sunflower

  Di bawah ni pula, pokok rosemary...tertarik dengan keharuman baunya, ingat nak letak di dapur, tapi ruang sangatlah terhad. Akhirnya, kena letak di luar juga. Bila nak guna herbs ni bolehlah petik..hehe...

rosemary

Tulip

12 April 2014
 Keindahan bunga tulip menjadi tumpuan kami di musim bunga. Hujung minggu kali ini kami bersama adik-adik Chiba ke Akebenoyama, Kashiwa. Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi. 





13 April 2014
 Tak puas melihat keindahan tulip, kami ke Sakura City pula pada keeseokannya. Walaupun penat, kami gagahkan jua.

 Menariknya di tempat ini, terdapat aktiviti memotong tulip dan sewa baju ala-ala Holland. Tak payah ke Amsterdam dah, cukup dengan latar belakang windmill tu. Menurut Cik Abang, windmill di sini diimport khas dari Belanda. 











Kasut Holland..




Hunting for Sakura 2014

  Sakura atau dikenali sebagai Cherry Blossom sentiasa dinanti oleh kami. Jika tahun lepas kami menikmati sakura bersama uncle and auntie Samurai Cilik, tahun ini kami bersendirian sahaja. Keunikan Sakura yang hanya kembang mekar sekitar 1 hingga 2 minggu setahun pada musim bunga sangatlah berharga.

31 Mac 2014
Megurokawa, Tokyo




my heroes....






1 April 2014
Shimizu Park, Noda, Chiba







Jogging di taman..






2 April 2014
Nishi Chiba Park





5 April 2014
Chiba Castle

  Kali ini, sakura dah mula berguguran kerana hujan dan angin kuat pada hari sebelumnya. Sedih pula rasanya sakura dah mula gugur di kawasan kami. Berkelah di bawah pokok bersama warga Chiba sebelum adik Afif dan Amir pulang ke tanah air setelah tamat pengajian. 











Sakura, jangan tinggalkan kami.....


17.3.14

Takoyaki in the House

Hari ni merajinkan diri buat takoyaki sebab Cik Abang balik awal...Siapkan bahan-bahan, minta Cik Abang siapkan sampai sudah sementara masak untuk dinner....Resipi ambil dari dapur asmara

Resipi Takoyaki

Bahan-bahan :
250g tepung takoyaki
(Saya guna 225g tepung gandum tambah sedikit garam dan fish flakes)
2 biji telur
700ml air (Saya guna 600ml air)

Bahan-bahan Isian
tako(sotong) - direbus dan dipotong kecil
kubis - dicincang halus
daun bawang -potong halus

Bahan-bahan Topping
mayonis
sos okonomiyaki (Saya ganti sos tiram+kicap manis)
Katsuobushi/fish flakes
serbuk nori (seaweed) halus

Cara-cara
1) Campurkan semua bahan-bahan.
2) Kacau hingga tak berketul guna whisk. (Saya tapis adunan)
3) Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak sikit.
4) Tuang adunan tepung ke dalam acuan.
5) Masukkan bahan-bahan isian ke dalam tepung.
6) Tuang lagi adunan tepung hingga menutupi isi.
7) Tunggu hingga bahagian bawah keras sedikit kemudian balik-balikkan sehingga jadi bulat dan keperangan. (gunakan lidi).
8) Tambah sedikit tepung lagi di ruang kosong dan balikkan semula.
8) Taburkan fish flakes, sos okonomiyaki, mayonis dan serbuk nori.

p/s : Jangan balikkan adunan sebelum bahagian luar mengeras. Bila dah keras, mudah sahaja untuk diterbalikkan.

Chef in the house...