28.4.13

Undi Pos

Mari Mengundi

   Alhamdulillah, diberi kesempatan menjalankan tanggungjawab kami pada negara. Kami tiba di Kedutaan Besar Malaysia, Shibuya-Ku pada jam 11.00 pagi. Bagi ibu Samurai Cilik, inilah kali pertama mengundi dan mendaftar sebagai pengundi pos luar negara. Ayah SC bersemangat dari rumah kononnya nak join jadi peraih undi, smpai-sampai di sana keadaan sunyi sepi. Hanya ada petugas dan pengundi. Nama pun duk merantau. Tak sama situasi di Malaysia sekarang ni yang berkempen sana sini. Walaupun bilangan pengundi tidak berapa ramai, lama juga kami tunggu memandangkan hanya satu kaunter sahaja dibuka. Kami terpaksa mengundi bergilir-gilir untuk menjaga si kenit. Parti apa yang kami undi?? Undi adalah rahsia. haha



   Selesai mengundi, terserempak dengan senior ayah SC semasa belajar di Jepun dulu. Apa lagi berborak panjanglah mereka. Rezeki kami hari ni, lunch ditaja oleh mereka. Thanks En. Zamury n family. Lain kali belanja lagi..








13.4.13

Malaysian Food Festival

Memperkenalkan Budaya Malaysia di Jepun

   Bertempat di Shinkiba Park, kami menyertai aktiviti bersama warga Jepun yang berminat mengetahui budaya masyarakat Malaysia. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut negeri. Of courselah, kami sebagai subleader bagi kumpulan negeri Melaka. Seronok betul tengok nihonjin yang bersemangat ingin tahu selok belok tentang negara kita. I'm proud to be a Malaysian. Hidangan makanan pada hari tersebut dimasak oleh chef dari Malay Kampung Restaurant. Antara juadah yang disediakan ialah nasi lemak, roti jala, kari ayam, kari seafood japan, karipap, kek dan yang paling bestnya..teh tarik pun ada. We enjoyed the meal.

   Sebenarnya salah satu sebab kami menyertai aktiviti ini adalah ingin berjumpa pensyarah bahasa Jepun ayah SC sewaktu di Malaysia yang juga aktif dalam persatuan ini. Akhirnya pertemuan itu sempat dirakamkan. 

Bersama pensyarah dan rakan lama Cik Abang
Pensyarah bahasa Jepun 16 tahun lepas
Buat apa tu?
Naufal
Lunch kami...


Rakan lama (Apsa Kadir) tunjuk skill buat roti jala
Presentation tentang Melaka
Kumpulan Negeri Melaka





 





4.4.13

Misi Mencari Bunga Lagi

   Kami ke beberapa tempat di sekitar Sakura Shi, Chiba mencari sisa sakura, tulip dan lavendar.


Sakura dah mula gugur...


Mencari tulip...