29.6.13

Jom ke Pantai

   Duduk di negara empat musim ni agak sukar juga. Pakaian bermacam-macam jenis, di rumah pula pada musim sejuk pasang pemanas, musim panas pasang air cond. huhu. Tak macam di Malaysia cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Tiba-tiba rasa sangat bersyukur dilahir dan dibesarkan di Malaysia. Malaysia oh tanah airku.............

   Pada musim panas ni, aktiviti wajib iaitu ke pantai atau air terjun. Kali ni kami ke pantai bersama adik-adik Chiba sebelum menyambut bulan Ramadhan pada minggu hadapan. 

at Katsuura Moriya Beach

















takut air..geli pijak pasir...duduk jelah atas kerusi ni jadi pemerhati



8.6.13

Tokyo Disneyland Lagi

   Tak puas melawat Tokyo Disneyland tempoh hari, kami bercadang ke sana pada hari weekdays dan bukan cuti umum atau cuti sekolah. Rugi sangat kalau ramai orang dan terpaksa beratur berjam-jam. Harga tiket agak mahal lebih kurang 5600yen, so kenalah manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, hasrat kami tercapai. Dapat jugalah merasa naik Space Mountain, Star Tours dan banyak lagi. Tapi kena bergilir juga sebab ada permainan Samurai Cilik tak boleh join. 

   Kali ni kami tak ambil banyak gambar sebab nak kejarkan fast pass ticket ikut waktu yang ditetapkan. Agak kelam kabut tapi we enjoyed. Kebetulan pada hari tu, Tokyo Disneyland meraikan ulang tahun yang ke-30. Kami datang seawal jam 10:00 pagi dan balik sehingga gate tutup.haha...Makan, solat semua di sana. Kira kami berkampung seharian di Disneyland. hehe. Cik Abang pesan dah sebab lepas ni kami tak datang sini lagi, kira kali terakhir. Maybe lepas ni ke Disney Sea pula. InsyaAllah. 


















2.6.13

Gunung Takao dan International Seminar House

  Hujung minggu kali ni kami ke area Tokyo. Tempat yang dikunjungi iaitu Gunung Takao. Tempat ini antara tempat tarikan eko pelancongan yang menarik semasa musim luruh (penuh dengan pokok maple).













daun maple..pada musim luruh bertukar warna merah..

Takaosanguchi Station


berlatar belakangkan Trick Art Musuem
  Ingatkan sempatlah ke Trick Art Musuem, tapi memandangkan masa tidak mengizinkan kami terpaksa batalkan hasrat ke sana. Maybe next time. Yela, pergi kalau keadaan tergesa pun, tak seronok juga. Tapi sebelum pulang ke rumah, Cik Abang bawa ke tempat dia berkursus pada tahun 1997 iaitu International Seminar House. (A walk to remember la kononya...layankan aja..) 


dulu sorang

sekarang bertiga..hehe

bangunan tu terbalik pula...