17.1.14

Great Kanto Earthquake Memorial Musuem

  Citizens of Tokyo never forget the two great disasters. One is the great earthquake which attacked Tokyo in 1923. Another is the war disaster from 1944 to 1945.




Peace monument of remember victims of the Great Tokyo Air Raid


Ginza

  Memanjangkan kaki ke Kota Fesyen, Ginza. Niat di hati bukan untuk membeli-belah, nak masuk pun segan..hehe. Cuma berjalan-jalan sahaja. Kalau nak shopping, berani ke premium outlet sahaja kat sini. Ginza ni tempat terkenal membeli belah barangan berjenama.

 Disebabkan parking mahal di kawasan ini, kami menaiki subway dari Ryogoku ke Ginza. Sebenarnya di Ryogoku, kami nak ke Edo Tokyo Musuem tapi tak kesampaian disebabkan ramai orang. Maybe next time datang lagi. Alang-alang dah parking di situ, kami pun memanjangkan kaki ke Ginza. 




Kemudahan tandas yang sentiasa akan dirindui bila kembali ke Malaysia..

di hadapan mercu tanda Ginza, jam besar

Jom masuk kedai belakang tu...

Di hadapan Kabuki Za, theater wayang ala-ala Jepun

14.1.14

Salam Maulidur Rasul 1435 H

14 Januari 2014 

  Mari banyakkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Buka Facebook, tengok gambar ayah tengah berselawat sempena Sambuatan Maulidur Rasul peringkat kampung. Ya Allah, rindunya pada ayah. Seorang ayah yang banyak berjasa, berkorban untuk memberikan keselesaan dan kesenangan hidup pada anak-anaknya walau dia susah sekalipun. Jasamu sangat kukenang. Walau kini berada jauh, sentiasa mengingatkan kami tentang tanggungjawab pada pencipta. Semoga didikan agama yang diberi dapat kami curahkan pada cucu kesayangan beliau Samurai Cilik. 

 Walaupun sudah berkeluarga, teringat kasih sayang ayah di saat aku ingin melahirkan Samurai Cilik. Tika suami di sisi, namun ayah masih memberi semangat padaku umpama kanak-kanak kecil. Terima kasih ayah!!!





Hadiah Buat Pengantin Baru

28 Disember 2013
  Bagi meraikan pengantin baru, kami menaja pakej bercuti di Jepun selama seminggu. Tapi tiada hotel yang istimewa, hanya duduk di teratak kami. Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke Jepun pada waktu yang ditetapkan.
Bersama bekalan yang dibawa dalam kotak..tq

29 Disember 2013
  Memandangkan tempat yang sepatutnya kami tujui tutup sempena Cuti Tahun Baru, kami hanya sempat ke Narita San dan menghabiskan masa membeli belah di sekitar Chiba sahaja.




30 Disember 2013
   Hari ini bagi peluang mereka berdua ke Tokyo Disneyland. Malas nak join sebab ramai orang, bayaran pun mahal dan kami dah dua kali masuk ke sana. Kebetulan dapat free ticket untuk dua orang sahaja, so bagi peluang pada pengantin baru..





31 Disember 2013
   Menjejakkan kaki di sekitar Odaiba. Sempat ke Gundam Front Tokyo dan Trick Art Musuem.







  Kemudian, kami menaiki bullet train (shinkansen) dari Tokyo Station ke Yokohama. Saja nak merasa naik bullet train walaupun dekat..






1 Januari 2014
  Selamat Tahun Baru. Hari ini kami ke Shisui Premium Outlet. Kebiasaannya pada Tahun Baru mereka akan sediakan Lucky Beg atau disebut Fukubukuro iaitu beg yang mengandungi beberapa barang yang nilainya lebih mahal daripada harga yang ditawarkan. Lucky Beg ditawarkan di setiap kedai, siapa cepat dia dapat. hehe. Cuma kita tak tahu apa yang terkandung di dalamnya. Walau pun berbaloi, mungkin tidak dapat menepati citarasa. Tahun lepas pernah ambil satu Lucky Beg, memang berbaloi tapi tahun ni budget tak ada...just bawa mereka melihat telatah orang Jepun berbelanja di Tahun Baru. 
   
   

Naufal, cakap dengan ayah ibu nak satu..




Thanks Pak Long and Mak Long belikan hadiah untuk Naufal
  Pada sebelah malamnya, kami menikmati sushi pula. Sekali je bawa mereka makan di luar sebab Pak Long SC tak lalu sangat makanan Jepun ni. Tekak Melayu le katakan. Dah lapar, makan je la..




2 Januari 2014
Ski Trip to Nagano

   Bertolak dari rumah pukul 5.30 pagi, naik bas ke Yunomaru Ski Resort for Ski trip. Pada musim winter ni rugi tak merasa salji dan bermain ski. 









3 Januari 2014
  A peep on traditional samurai era village at Bosou No Mura, Narita City. Satu perkampungan tradisional dan bangunan Zaman Edo @ Samurai.
  








Demo membuat mochi





4 Januari 2014
  Sekejap sahaja masa berlalu. hari ni dah hari ketujuh mereka di sini. Sebelum pulang, kami mengembara lagi di Tokyo dengan menaiki train. Menggunakan free 1 day pass ticket Tokyo, kami sempat singgah ke Nippori, Asakusa (membeli cenderahati), Tokyo Sky Tree, Akihabara (Tokyo Electric Town).


Akihabara Electric Town

Tokyo Sky Tree


Asakusa

5 Januari 2014
   Hari terakhir mereka. Pagi-pagi ke Chiba Castle and last shopping. Lunch di rumah dan singgah ke Tokyo Tower on the way ke Haneda Airport.

Chiba Castle

Yong Tau Fu

Tokyo Tower





Ciuman Pak Long untuk Samurai Cilik
  Sunyi rasanya bila mereka pulang, berakhirnya cuti winter kali ni dan kami meneruskan rutin harian.  Semoga hadiah daripada kami memberi makna buat Pak Long dan Mak Long SC.