25.9.13

Jalan-jalan ke Kyoto dan Osaka

   Selepas ke Noritake Garden, kami pun tiba ke tempat yang ditujui iaitu di bandar Kyoto. Sebenarnya perjalanan kami ke sini untuk menemani ayah SC menghadiri seminar. Kami berada di Kyoto selama 3 hari 2 malam dan sambung bermalam di Osaka pula. 

19 September 2013
   Visit to Kyoto Station... The new series 700 Shinkansen.. — at JR 京都駅 - JR Kyoto Station.









20 September 2013
   A visit to Geisha Hometown.. Gion, Kyoto. Sejurus selesai pembentangan, ayah SC pulang ke hotel dan berehat sebentar. Selepas Maghrib, kami keluar ke bandar Gion iaitu lokasi terkenal untuk Wanita Geisha.



Perempuan muka putih macam tepung gomak tu ialah Geisha. 

Siapa Geisha ????

21 September 2013


   Hari terakhir di Kyoto, sebelum turun ke Osaka, kami melawat Gerbang merah seribu di Fushimi Inari Jinja, Kyoto. Gerbang merah tersebut diderma atau didirikan oleh syarikat yang mengharapkan perniagaan mereka maju (business prosper).
   
  










22 September 2013

   Visit to Osaka pula. Kami mulakan perjalanan ke Osaka Castle.



















Pokok Willy



  Seharian berjalan..panas terik juga..Rasa letih, tapi gagahkan jua pada sebelah malamnya kami ke Dotonbori Street.

Takoyaki terkenal di Osaka. Katanya sedap.
Tapi time lalu kat sini perut kenyang sangat..dah sejuk nanti tak sedap pula






23 September 2013

   Kami berpatah balik dari Osaka ke Tokyo. Singgah di Negeri Mie, 450 km dari Tokyo. Sebelum pulang, kami sempat singah ke Iga...home town of true Ninja. Kami melawat muzium dan bekas tinggalan sekolah Ninja. Mengikut sejarah, kawasan asal ninja di Jepun ialah di Iga dan Koka.













di rumah ninja...penerangan tempat persembunyian ninja







   Sampai di Chiba kira-kira 12:00 tengah malam. 


22.9.13

Noritake Garden

  Kali pertama ibu Samurai Cilik memandu kereta di Jepun. Perjalanan dari Chiba ke Kyoto mengambil masa yang agak lama iaitu lebih kurang 6 jam (500km dari rumah kami). Kami terpaksa bergerak seawal jam 4:30 pagi bagi mengelakkan kesasakan lalu lintas melalui bandaraya Tokyo.

                                                        
Jauh juga tu...

Siapa tu???
  Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar dan sempat juga singgah di bandar Nagoya untuk ke Noritake Garden. Di situ terdapat muzium (bekas tapak kilang) dan pusat penjualan pinggan mangkuk yang terkenal di Jepun. Apa lagi, ibu SC tidak melepaskan peluang yang ada. Sempat jugalah mencuci mata dan akhirnya hasil tangkapan hanya dua biji pinggan berserta sudu dan garfu. Fikiran jadi rungsing bila isu fine bone china. Beli kalau tak boleh guna buat apa kan?? Ingat nak beli satu set. Tapi masih ragu-ragu. So, sempat juga membuat bacaan di internet untuk mendapatkan kepastian.
   
Akhirnya, kesimpulan yang diperoleh walau tak berapa pasti :
1) Fine bone china made in Sri Lanka sahaja boleh
2) Ada juga mengatakan fine bone china semua boleh sebab dibakar pada suhu 1000 darjah celcius, maksudnya bentuk dan fizikalnya berubah.

Tapi, kalau nak yang made in Japan, beli fine porcelain jela..

Apa pun, tepuk dada tanya diri masing-masing. Hanya panduan saya pada masa akan datang.


20.9.13

Ucapan Hari Lahir oleh Krew Air Asia

   Sehari sebelum pulang ke Jepun, keluarga terdekat mengadakan bbq sempena kepulangan kami. Pengantin baru juga turut sertai. Antara menu pada malam tersebut ialah nasi lemak (Masadi-dalam bungkusan daun pisang..memang sedap), laksa nyonya, salsa, smoke salmon, salad buah, siakap, kambing, daging, ayam bakar dan macam-macam lagi. Pada malam tu juga kononya nak celebrate birthday ibu Samurai Cilik, ayah SC belikan Oreo Cheese Cake...tapi seganlah tua-tua sambut tempat terbuka..hehe..Jadinya, anak-anak buahlah tiupkan lilin. Walau apa pun, terima kasih atas ingatan.

  Disebebkan keletihan juga pada malam tu, malas rasanya nak mengemas barang. Pagi sebelum bertolak ke LCCT sempat juga ibu mertua dan kakak ipar buat sedikit juadah untuk sarapan beramai-ramai dan sedikit bekalan untuk kami. Nenek Samurai Cilik pula sempat juga membuat kek kegemaran ibu SC. Rasa terharu dan bersyukur dikurniakan keluarga yang mementingkan kasih sayang. Sebak rasanya nak meninggalkan mereka. 

  Alhamdulillah, kami sampai ke LCCT dan selamat menaiki kapal terbang. Semasa dalam penerbangan, ibu SC terima kad ucapan hari lahir oleh krew Air Asia. huhu...(ingatkan dapatlah hadiah special)...tak lah rasa bertuah sangat..tup tup sebelum turun, mereka buat ucapan terbuka dalam kapal terbang sambil diiringi lagu "happy birthday"..terharulah juga...sebab dalam tu memang tak ramai orang melayu, so penumpang lain dapat agaklah hari jadi siapa...hehe..Happy birthday to Cik Nor Nadiah..(perasan je)

ucapan oleh krew Air Asia

Budak dah dapat kaki, nak merayau dalam flight

aktiviti dalam flight

Yey, dah sampai..


sibuk nak tolak..