18.2.14

Strawberry Crepe

Hari ni terajin pula nak buat crepe...durian tak ada..Strawberry pun jadilah..

Pose berlatar belakangkan salji di malam hari..hehe


Resipi Strawberry Crepe : dari dapur mamasya

Resipi Kulit
50 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
2 sudu besar gula halus
3 sudu kecil butter ( dicairkan )
160 ml 
40 ml susu cair
1 sudu kecil esen vanilla

Inti
150 ml whipped cream / fresh cream
Jam strawberry secukupnya
Buah strawberry secukupnya

Cara-cara :
1) Satukan tepung dan ayak gula halus.
2) Masukkan susu cair.
3) Kemudian, masukkan telur yang dikacau sedikit.
4) Seterusnya masukkan esen vanilla dan air. Kacau sebati guna whisk.
5) Akhir sekali, masukkan butter yang dicairkan. Tapis adunan dan sedia dimasak.

Cara Memasak Crepe
1) Tuangkan sesenduk kecil adunan ke dalam kuali non stick.
2) Biarkan masak seketika. Apabila sudah masak tak perlu diterbalikkan. 
3) Telangkupkan terus di atas pinggan.
4) Setelah selesai membuat kulit, letak sesudu besar whipped cream, jam strawberry dan buah strawberry. Kemudian tambah whipped cream lagi di atasnya. (Pastikan yang licin di bahagian bawah)
5) Lipat kulit seperti lipat popia.
6) Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan. 


17.2.14

Black Forest Cake

 Sempena meraikan Soubetsukai (Majlis Perpisahan) 2014, ibu SC dan adik Syadah menyediakan kek yang agak istimewa bagi kami. Setengah hari juga siapkan Black Forest Cake ini. Resipi kek coklat seperti biasa di sini dan cara-cara mendeko dan resipi mousse kami ambil dari woodlandbakeryblog. Thanks Cik Abang tolong jaga Samurai Cilik. Ibu SC buat juga kuih puteri ayu sebagai penyeri majlis. Main menu disediakan oleh adik-adik di sini.  

 Majlis seperti biasa diadakan di Chiba University International House Hall. Tahniah buat adik-adik yang telah berjaya menamatkan pengajian dan beberapa orang penyelidik yang juga akan pulang pada tahun ini. Semoga ikatan yang terjalin akan berterusan sekembalinya ke tanah air. 

Black Forest Cake..

Puteri Ayu...
Resipi Puteri Ayu di my resipi :

5 biji telur (guna 4 biji shj - telur tak cukup pula dalam simpanan)
250 gm tepung gandum (guna 200gm)
250 ml santan (guna 200ml) 
300gm gula (guna 200gm)
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar ovallatte
2 sudu kecil perasa pandan
I sudu kecil pewarna hijau
kelapa putih secukupnya digaul dengan garam dan tepung ubi sediki

Cara-cara : 
1) Panaskan kukusan.
2) Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3) Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, perasa pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4) Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5) Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6) Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.


Antara dessert yang disediakan..







Acara memotong kek untuk yang diraikan

Samurai Cilik main ballon...

Gambar kenangan semua yang hadir

Persembahan dari mereka yang diraikan

Sesi ucapan dan luahan hati..

Seronoknya dapat lari-lari...

Penyampaian hadiah


  Terima kasih kepada semua yang terlibat. Memang tak rasa sunyi walaupun berada di negara orang. Majlis tamat kira-kira jam 9:00 malam. 

12.2.14

Igloo

Hari ni tak jalan ke mana...sebab jalan masih diliputi salji...Sempat bermain bersama adik-adik di kawasan taman permainan berdekatan rumah.




Samurai Cilik....
















8.2.14

Snow lebat....

8 Februari 2014
10:00 a.m
  Pertama kalinya untuk tahun ni dapat bermain salji di kawasan rumah. Tapi kali ini makin lebat dan tebal berbanding tahun lepas. Dianggarkan ketebalan kira-kira 20cm. Wah, tebal juga. Sekarang ni pun salji masih turun. Memburukkan keadaan, semua train dan flight diberhentikan dan ada kawasan yang blackout. Harap kami semuanya selamat di sini. Sempat bermain salji di taman bersama warga Chiba petang tadi. 





Balik rumah, terlupa pula ada sidai baju di ampaian. huhu....Tula excited sangat nak main snow...


Esok kita sambung main salji lagi ye....

1.2.14

Lush di hatiku

1 Februari 2014
  Salah satu produk kulit sebagai peneman di sini. hehe..Produk Lush ni sangat serasi dengan kulit ibu Samurai Cilik. Sebelum ni banyak jenama juga dah cuba tapi semuanya tak serasi. Sampailah balik Malaysia hari tu, beli stok banyak-banyak esp moisturizer sebab kulit sangat kering musim winter ni. Tapi bila guna still tak sesuai dan kering. Akhirnya, jumpalah produk setia ni setelah disarankan oleh adik-adik Chiba yang juga pemborong produk ini. Alhamdulillah, sangat serasi dan setiap dua tiga bulan mesti minta Cik Abang beli. Harganya pun boleh tahan juga...yang menariknya produk ini dibuat dari bahan semulajadi. Sesuai untuk kulit sensitif seperti saya. Kalau beli facial cleanser memang nampak fresh lavendar dalam tu. Tetapi expired date sekejap jelah dalam tiga empat bulan macam tu. So, memang kena beli sikit-sikit and restock selalu.  
  

Fresh cleanser , 980 yen
Moisturizer yang paling best..2780 yen...(mahal juga ni..pakai sikit-sikit)
Dapat free trial pack shampoo and conditioner..






Check Up Samurai Cilik Setahun Setengah

16 Januari 2014
  Hari ini, Samurai Cilik attend medical check up berkumpulan untuk kanak-kanak yang berumur satu tahun setengah / 18 bulan. Check up kali ini untuk melihat perkembangan kanak-kanak dan pemeriksaan gigi susu.  

  Alhamdulillah, gigi sihat dan cuma yang membimbangkan kami dia berhenti bercakap perkataan yang pernah disebut sebelum ini bila tiba musim winter. Contoh, ayah, mama, dll. Doktor kata tak perlu risau since dia faham apa arahan kita. Arahan tutup pintu, up, duduk, cari botol semua faham di samping mengenal anggota badan. Sejuk hati bila tengok dia sendiri sujud bila kami sembahyang dan angkat tangan bila baca doa. Mudah-mudahan Ahmad Naufal dapat bertutur dengan mudah selepas ini. Amin...









Ambil buku dalam bakul..bagi pada ibu..