16.4.14

Tanam Bunga di tepi Rumah

  Ambil kesempatan menanam pokok sendiri di tepi rumah sempena musim bunga. Geram tengok pokok-pokok bunga dijual di merata tempat dengan harga yang murah dalam 100yen ke 300yen sahaja. Bila dah ada pokok sendiri, hari-hari nak keluar tengok dan siram. Jadi hobi baru pula. 

  Alhamdulillah, kembang mekar bunga matahari. Walaupun bunga matahari ni akan mekar apabila musim panas. Harap-harap dapatlah bertahan selama yang mungkin. Terasa pula nak tambah koleksi bunga lain...teringin nak lavendar dan daisy pula.



roses...

sunflower

  Di bawah ni pula, pokok rosemary...tertarik dengan keharuman baunya, ingat nak letak di dapur, tapi ruang sangatlah terhad. Akhirnya, kena letak di luar juga. Bila nak guna herbs ni bolehlah petik..hehe...

rosemary

Tulip

12 April 2014
 Keindahan bunga tulip menjadi tumpuan kami di musim bunga. Hujung minggu kali ini kami bersama adik-adik Chiba ke Akebenoyama, Kashiwa. Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi. 





13 April 2014
 Tak puas melihat keindahan tulip, kami ke Sakura City pula pada keeseokannya. Walaupun penat, kami gagahkan jua.

 Menariknya di tempat ini, terdapat aktiviti memotong tulip dan sewa baju ala-ala Holland. Tak payah ke Amsterdam dah, cukup dengan latar belakang windmill tu. Menurut Cik Abang, windmill di sini diimport khas dari Belanda. 











Kasut Holland..




Hunting for Sakura 2014

  Sakura atau dikenali sebagai Cherry Blossom sentiasa dinanti oleh kami. Jika tahun lepas kami menikmati sakura bersama uncle and auntie Samurai Cilik, tahun ini kami bersendirian sahaja. Keunikan Sakura yang hanya kembang mekar sekitar 1 hingga 2 minggu setahun pada musim bunga sangatlah berharga.

31 Mac 2014
Megurokawa, Tokyo




my heroes....






1 April 2014
Shimizu Park, Noda, Chiba







Jogging di taman..






2 April 2014
Nishi Chiba Park





5 April 2014
Chiba Castle

  Kali ini, sakura dah mula berguguran kerana hujan dan angin kuat pada hari sebelumnya. Sedih pula rasanya sakura dah mula gugur di kawasan kami. Berkelah di bawah pokok bersama warga Chiba sebelum adik Afif dan Amir pulang ke tanah air setelah tamat pengajian. 











Sakura, jangan tinggalkan kami.....


17.3.14

Takoyaki in the House

Hari ni merajinkan diri buat takoyaki sebab Cik Abang balik awal...Siapkan bahan-bahan, minta Cik Abang siapkan sampai sudah sementara masak untuk dinner....Resipi ambil dari dapur asmara

Resipi Takoyaki

Bahan-bahan :
250g tepung takoyaki
(Saya guna 225g tepung gandum tambah sedikit garam dan fish flakes)
2 biji telur
700ml air (Saya guna 600ml air)

Bahan-bahan Isian
tako(sotong) - direbus dan dipotong kecil
kubis - dicincang halus
daun bawang -potong halus

Bahan-bahan Topping
mayonis
sos okonomiyaki (Saya ganti sos tiram+kicap manis)
Katsuobushi/fish flakes
serbuk nori (seaweed) halus

Cara-cara
1) Campurkan semua bahan-bahan.
2) Kacau hingga tak berketul guna whisk. (Saya tapis adunan)
3) Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak sikit.
4) Tuang adunan tepung ke dalam acuan.
5) Masukkan bahan-bahan isian ke dalam tepung.
6) Tuang lagi adunan tepung hingga menutupi isi.
7) Tunggu hingga bahagian bawah keras sedikit kemudian balik-balikkan sehingga jadi bulat dan keperangan. (gunakan lidi).
8) Tambah sedikit tepung lagi di ruang kosong dan balikkan semula.
8) Taburkan fish flakes, sos okonomiyaki, mayonis dan serbuk nori.

p/s : Jangan balikkan adunan sebelum bahagian luar mengeras. Bila dah keras, mudah sahaja untuk diterbalikkan.

Chef in the house...


14.3.14

Yokohama - Aqua Line - Kisarazu

2 Mac 2014

  Jalan-jalan hujung minggu kali ini ke Yokohama untuk menikmati hidangan makanan laut secara buffet. Kali kedua ke Fisherman's Market Yokohama. Namun, kali ini agak sedikit kecewa kerana makanan laut yang disediakan kurang seperti kali pertama ke sini. Walau apa pun, memang kenyang sampai ke malam menikmati makanan yang disediakan. Bayaran 2098yen seorang dikenakan bagi dewasa. 

  Selepas makan, kami menghirup udara dan solat di tepi pelabuhan bersama kanak-kanak riang. 



pic taken by Emelda

  Kemudian, kami  bergerak ke Umihotaru, Tokyo Aqua Line iaitu satu jambatan (4.4km) dan terowong bawah laut (9.6km) merentasi Tokyo Bay. Menghubungkan Kawasaki, Kanagawa Prefecture dengan Kisarazu, Chiba Prefecture. Umihotaru adalah kawasan rehat di tengah laut.





Kak Suri, Yani dan kanak-kanak riang



  Alang-alang turun ke Kisarazu, kami request ke Mitsui Premium Outlet. Dua jam jugalah kami cuci-cuci mata. Tengok-tengok ada spring sale, berjayalah miliki satu barang idaman hati, sehelai seluar untuk ayah SC dan sehelai baju untuk Samurai Cilik. Sampai kedai tutup baru kami pulang ke rumah. 




13.3.14

Hakone Hot Spring (Onsen) & Hakone Ropeway

25 Februari 2014

   Kali ini, kami bercuti ke Hakone, kira-kira 100km dari Tokyo. Walaupun tak berapa jauh dari rumah kami, tapi rasa berbaloi kalau bermalam sebab tempat ini agak terkenal dengan hot spring. Oleh itu, kami menyewa bilik yang ada hot spring sendiri. Kos pun boleh tahan dalam 12000yen seorang termasuk dinner dan breakfast keesokannya.

Hot spring dalam bilik sambil menikmati udara luar

Hotel style Jepun

dinner...sedap juga

Breakfast...tak lalu makan..Cik Abang habiskan semua
 Selepas sarapan, kami menaiki Hakone Ropeway untuk ke bekas kawah gunung berapi. 

Hakone Ropeway














Tak larat nak dukung Samurai Cilik menaiki anak tangga....Cik Abang jela layankan

Kuro (hitam) Tamago (telur) 

aiskrim di kala sejuk..rasa strawberry





  Kemudian, melawat ke sekitar tasik Hakone. 



  Disebabkan tak sempat mengunjungi tempat lain di sini (rata-rata muzium tutup jam 4:30 pm), jika pulang melalui bandaraya Tokyo mesti jalan sesak. Kami pun memanjangkan kaki ke Gotemba Premium Outlet untuk minum dan solat. Tak shopping pun...Alhamdulillah, kemudahan ruang solat yang disediakan sungguh selesa. 



timbunan salji....



Ruang solat..

Tempat mengambil wuduk

  Sampai di rumah tengah malam jugalah. Sekian untuk kisah di Hakone...