28.5.13

Basic Bread

   Sebenarnya dah banyak kali buat roti loaf ni..kena simpan resipi di sinilah sebab buku resipi hampir hilang tempoh hari. Bahan-bahan yang sangat simple tapi still tak berapa nak ingat. Huhu. Cik Abang tolong translatekan dari Recipe Book100 Zojirushi breadmaker. (Try google yang english version tapi tak de)

Bahan-bahan :
1) 180ml air
2) 250gm tepung gandum
3) 2 sudu besar susu tepung
4) 15gm butter
5) 2 1/2 sudu besar gula
6) 1 sudu kecil garam
7) 1 sudu kecil yis / 4gm

Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmaker ikut urutan dan pilih setting loaf. hehe..senang je..tunggulah sampai siap. 

* Gantikan air dengan susu segar sebab stok susu tepung takde..huhu..





21.5.13

Cucu Atuk Dah Potong Rambut

   Agak rimas tengok rambut Samurai Cilik yang semakin panjang dan kerinting, kami pun mulakan projek di hujung minggu. Sebelum ni ada gak tanya di kedai gunting rambut, tapi mereka tak berani nak gunting rambut bayi. Kos pun agak mahal lebih kurang 1000yen.


Iklan gigi sebentar...

Rambut kerinting Samurai Cilik










Rambut dah pendek...masamnya muka










Atuk, Naufal dah potong rambut, hensem tak ????

16.5.13

Selamat Hari Guru

16 Mei 2013

   Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua yang bergelar pendidik. Tiba-tiba rasa rindu pula nak nyanyi lagu "Kami Guru Malaysia" beramai-ramai rakan seperjuangan. Lagu ni memang pembakar semangat untuk menjalankan amanah yang diberi. Latihan insentif yang diberi oleh pensyarah-pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka dan Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim selama 5 tahun setengah mengilap bakat dan keupayaan kami mendidik anak bangsa. Terima kasih kepada guru-guru yang menjadikan aku guru hari ini.

  Tetapi tahun ini hari itu tidak diraikan..



12.5.13

Sakura Kusa Bue No Oka


  Jom bersantai lagi di hujung minggu. Kali ni kami ke Sakura Kusa Bue No Oka. Perjalanan yang tak dirancang. Datang pun dah lewat petang. Santai sekejap jelah naik train.









best juga naik train ni....huhu











5.5.13

Hitachi Park, Ibaraki

  Perjalanan ke Ibaraki kali ini ditemani oleh adik-adik Chiba. Selalunya kami travel sendiri memandangkan ada anak kecil yang tidur malamnya tak tentu masa (selagi Samurai Cilik tak tidur, kami pun tak tidurlah). Pernah sekali Cik Abang mengantuk semasa memandu dan terpaksa take a nap di kawasan rehat. So, bila travel sendiri tak terikat dengan masa (kami jenis tepati masa, al maklumlah duduk di Jepun ni). Tapi tulah kalau jalan sendiri tak meriah pula. Ada pros n cons. 

   Tujuan kami ke sana adalah untuk ke National Hitachi Seaside Park di samping menikmati makanan laut segar di Oarai Port. Kami bertolak pada jam 8:00 pagi. Keadaan jalan agak sesak memandangkan cuti golden week.

 Antara bunga yang terkenal di sini ialah Nemophilia. Subhanallah, cantiknya!

Nilah rupa bunga Nemophilia (baby blue eyes)

Kami

Sempat lagi buat aksi..

Dipenuhi orang ramai

SC posing jap

hehe..



Girls..di belakang tu Oarai Port

   Lama juga kami melihat baby blue eyes ni. Pandangan pun dah biru jadinya. Taman ni agak luas. Bunga-bunga ditempatkan disesuatu kawasan yang jaraknya agak jauh. Kenalah tengok peta dengan betul (Chibarian pun tersesat juga). Walaupun kemudahan train disediakan, kami rela berjalan kaki daripada beratur panjang. Next, kami melihat lavendar dan tulip pula.