Perjalanan ke Ibaraki kali ini ditemani oleh adik-adik Chiba. Selalunya kami travel sendiri memandangkan ada anak kecil yang tidur malamnya tak tentu masa (selagi Samurai Cilik tak tidur, kami pun tak tidurlah). Pernah sekali Cik Abang mengantuk semasa memandu dan terpaksa take a nap di kawasan rehat. So, bila travel sendiri tak terikat dengan masa (kami jenis tepati masa, al maklumlah duduk di Jepun ni). Tapi tulah kalau jalan sendiri tak meriah pula. Ada pros n cons.
Tujuan kami ke sana adalah untuk ke National Hitachi Seaside Park di samping menikmati makanan laut segar di Oarai Port. Kami bertolak pada jam 8:00 pagi. Keadaan jalan agak sesak memandangkan cuti golden week.
Antara bunga yang terkenal di sini ialah Nemophilia. Subhanallah, cantiknya!
|
Nilah rupa bunga Nemophilia (baby blue eyes) |
|
Kami |
|
Sempat lagi buat aksi.. |
|
Dipenuhi orang ramai |
|
SC posing jap |
|
hehe.. |
|
Girls..di belakang tu Oarai Port
|
Lama juga kami melihat baby blue eyes ni. Pandangan pun dah biru jadinya. Taman ni agak luas. Bunga-bunga ditempatkan disesuatu kawasan yang jaraknya agak jauh. Kenalah tengok peta dengan betul (Chibarian pun tersesat juga). Walaupun kemudahan train disediakan, kami rela berjalan kaki daripada beratur panjang. Next, kami melihat lavendar dan tulip pula.
No comments:
Post a Comment