22.7.13

Yong Tau Fu

   Hari ni dah masuk Ramadhan ke-13, tak tahu nak masak apa dah. Cik Abang suggest yong tau fu..rajinkan diri mencari resipi. Jumpalah di sini.

Bahan-bahannya :
1) Sup
4-5 liter air
2 inci halia
6 ulas bawang putih
170gm ikan bilis ( saya kurangkan )
1 kiub stok ayam
gula&garam

2) Isian
jejari ketam, sosej, tauhu, sawi, kuih teow dll
daun sup

3) Sos
cili hidup
sos cili / tomato
bawang putih
gula&garam

Cara-caranya : 
1) Masukkan bahan-bahan membuat sup dan rebus hingga mendidih. Kemudian, kecilkan api dan biarkan merenih selama sejam setengah.
2) Tapis sup bagi mendapatkan kuah yang jernih.
3) Celur isian yang dikehendaki.


Taraa...yong tau fu in the house...






12.7.13

Salam Ramadhan 1434H

   Sekejap sahaja masa berlalu, Ramadhan pun tiba. Bermaksud tak lama lagi kami akan pulang ke tanah air untuk berhari raya. Itulah saat yang ditunggu-tunggu. Nenek Samurai Cilik menangis bila berbuka puasa kerana terkenangkan anak dan cucunya di perantauan. Tahun sebelum ni, Ramadhan diserikan dengan tangisan istimewa SC. Tapi tahun ini, mereka tinggal berdua. Sabar yer, insyaallah kami sempat berpuasa di kampung. 

   Buat pertama kalinya berpuasa di negara orang. Tiada bazar Ramadhan. Tiada masakan ibu yang sedap. Semua kena masak sendiri. Alhamdulillah dapat berbuka bersama suami tercinta. Moga Ramadhan tahun ini kami dapat tingkatkan amalan di bumi sakura.

Menu Iftar 

Hari Pertama : Ayam masak kicap, sambal tumis, sayur goreng, kuih keria
Hari Kedua : Kari Kepala Ikan, telur dadar, sayur goreng, donut
Hari Ketiga : Sambal Udang, Daging Salai Masak Lemak, sayur campur, jagung rebus

Hari lain dah tak sempat senarai...hehe. Sempat jugalah buat kuih bakar dan roti jala.




6.7.13

Ahmad Naufal Turns 1

   Sempena Hari Jadi Naufal yang pertama, kami sekeluarga ke Alice Studio untuk mengambil gambar kenang-kenagan. Ingatkan nak juga buat majlis kecil-kecilan, tapi agak sibuk sekarang ni membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia. Pening gak fikir nak beli apa, maklumlah semuanya mahal di Jepun ni. Tak beli, mesti semua orang tertunggu-tunggu. hehe

Naufal dengan gaya momotarou (Si Putera Peach)

Happy Birthday Ahmad Naufal


kerintingnya rambut anak ibu ni....









  Hanya sempat buat gubahan buah berbentuk kek untuk Samurai Cilik. Memandangkan SC ni allergik susu lembu, kalau buat kek nanti meleleh pula air liur si kenit ni.

Pelbagai jenis buah..

bersama hadiahnya