12.7.13

Salam Ramadhan 1434H

   Sekejap sahaja masa berlalu, Ramadhan pun tiba. Bermaksud tak lama lagi kami akan pulang ke tanah air untuk berhari raya. Itulah saat yang ditunggu-tunggu. Nenek Samurai Cilik menangis bila berbuka puasa kerana terkenangkan anak dan cucunya di perantauan. Tahun sebelum ni, Ramadhan diserikan dengan tangisan istimewa SC. Tapi tahun ini, mereka tinggal berdua. Sabar yer, insyaallah kami sempat berpuasa di kampung. 

   Buat pertama kalinya berpuasa di negara orang. Tiada bazar Ramadhan. Tiada masakan ibu yang sedap. Semua kena masak sendiri. Alhamdulillah dapat berbuka bersama suami tercinta. Moga Ramadhan tahun ini kami dapat tingkatkan amalan di bumi sakura.

Menu Iftar 

Hari Pertama : Ayam masak kicap, sambal tumis, sayur goreng, kuih keria
Hari Kedua : Kari Kepala Ikan, telur dadar, sayur goreng, donut
Hari Ketiga : Sambal Udang, Daging Salai Masak Lemak, sayur campur, jagung rebus

Hari lain dah tak sempat senarai...hehe. Sempat jugalah buat kuih bakar dan roti jala.




No comments: