Hari ni merajinkan diri buat takoyaki sebab Cik Abang balik awal...Siapkan bahan-bahan, minta Cik Abang siapkan sampai sudah sementara masak untuk dinner....Resipi ambil dari dapur asmara.
Resipi Takoyaki
Bahan-bahan :
250g tepung takoyaki
(Saya guna 225g tepung gandum tambah sedikit garam dan fish flakes)
2 biji telur
700ml air (Saya guna 600ml air)
Bahan-bahan Isian
tako(sotong) - direbus dan dipotong kecil
kubis - dicincang halus
daun bawang -potong halus
Bahan-bahan Topping
mayonis
sos okonomiyaki (Saya ganti sos tiram+kicap manis)
Katsuobushi/fish flakes
serbuk nori (seaweed) halus
Cara-cara
1) Campurkan semua bahan-bahan.
2) Kacau hingga tak berketul guna whisk. (Saya tapis adunan)
3) Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak sikit.
4) Tuang adunan tepung ke dalam acuan.
5) Masukkan bahan-bahan isian ke dalam tepung.
6) Tuang lagi adunan tepung hingga menutupi isi.
7) Tunggu hingga bahagian bawah keras sedikit kemudian balik-balikkan sehingga jadi bulat dan keperangan. (gunakan lidi).
8) Tambah sedikit tepung lagi di ruang kosong dan balikkan semula.
8) Taburkan fish flakes, sos okonomiyaki, mayonis dan serbuk nori.
p/s : Jangan balikkan adunan sebelum bahagian luar mengeras. Bila dah keras, mudah sahaja untuk diterbalikkan.
Chef in the house... |
No comments:
Post a Comment