25.12.13

Apam Balik

Kudapan yang paling senang dibuat di sini untuk menu minum petang, Resipi pun dah boleh hafal, lupa dah ambil kat mana. Banyak kali dah buat dan yang pastinya memang mudah dan sedap. 



Resipi Apam Balik
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Sedikit pewarna kuning
Secubit garam (Saya tambah)

Bahan Tabur
Kacang tanah+gula
Jagung cream

Cara-Cara 
1) Satukan gula dan telur. Blend hingga kembang
2) Kemudian, masukkan bikarbonat, baking powder dan pewarna kuning. Blend lagi.
3) Masukkan tepung dan air. Satukan dan blend semuanya.
4) Masak dengan api sederhana di dalam non stick pan. 
5) Bila hampir masak, masukkan bahan tabur dan lipat. Sedia untuk dimakan,



23.12.13

Tetamu Malaysia Kedua Kami

22 Disember 2013

   Hari ini, kami dikunjungi lagi dengan tetamu dari Malaysia. Thanks Azie sebab sudi singgah ke teratak kecil kami. Kebetulan ada one day off, so habiskan masa bersama kami. Tak sempat berjalan sangat sebab next flight tengah hari esok. Anyway, hope enjoyed trip to Chiba Castle, makan sushi and melihat bandar Chiba. Sempat juga pekena laksa penang kat rumah Kak Suri.

From Narita to Nishi Chiba Station
Lunch di rumah
Chiba Castle
 
Sushi time...

Memang berbaloi makan satu plate hanya 105yen sahaja. Walaupun beratur panjang, kami tetap menunggu..muka Azie yang kepuasan akhirnya.





Next time touch down Narita, kita jalan lagi ye....

15.12.13

Japan Musuem of Nature and Science

15 Disember 2013

   Dah tak tahan sekarang ni berjalan di luar, cuaca yang amat sejuk. So, habiskan masa di tempat-tempat di dalam bangunan sahaja dan yang paling penting membiasakan Samurai Cilik dengan dunia luar. Berjalan di sekitar bandar Ueno dan singgah ke Japan Musuem of Nature and Science.

Posing jap....daun-daun keguguran

Background ikan paus biru









Home made mini burger dikala kelaparan

SC meninjau kawasan

Herbs Garden

Lubang musang





 Jadual Berkala...ingat lagi tak???




 

11.12.13

Strawberry Mochi & Strawberry Ice Blended

11. 12. 13
 Cantik tarikh hari ni...rasa nak share all about strawberry today. Strawberry dipanggil Ichigo dalam bahasa Jepun. Pergi ke supermarket memang nampak strawberry dijual di mana-mana sekarang ni sebab dah masuk musim sejuk. Kebetulan hari ni, Cik Abang balik bawa balik Strawberry Mochi pula. Mochi ni salah satu kuih tradisional di Jepun. Ada pelbagai perasa mengikut musim. Pernah juga cuba Sakura Mochi. Sedap jugalah. Rasa lebih kurang kuih tepung gomak di Malaysia. Berintikan kacang merah dan menggunakan tepung mochi (lebih kurang tepung pulut). Nak tau lebih lanjut tentang cara buat mochi, boleh lihat di sini

Strawberry Mochi bersama home made Strawberry Ice Blended

Resipi Strawberry Ice Blended
5 biji buah strawberry (dipotong)
2 sudu besar gula
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air masak
Ais secukupnya 

Cara-cara :
Kisar semua bahan-bahan dan siap untuk diminum.


Senang je kan.....

9.12.13

Strawberry Yogurt Cheese Cake dan Nasi Beriyani

Strawberry Yogurt Cheese Cake


Resipi rujuk di sini. Bahan-bahan yang simple dan mudah dibuat. 

Bahan-bahan : 
250g cream cheese
200ml yogurt
2 sudu jus lemon
3 sudu tepung gandum
2 biji telur
90g gula
Strawberry jam

Base
200g biskut merrie (kisar halus)
70g butter (dicairkan)


Cara-cara :

Base 
1) Biskut dan butter disatukan.
2) Tekan dan mampatkan biskut dalam loyang spring form (dibalut aluminium foil di bahagian bawah).
3) Sejukkan dalam peti ais lebih kurang sejam.

Kek
1) Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi.
2) Masukkan yogurt, jus lemon dan tepung gandum, putar sebati.
3) Masukkan 2 sudu strawberry jam dan sebatikan.
4) Tuang adunan atas base biskut yang disejukkan tadi.
5) Bakar pada suhu 180C selama 45 minit secara water bath (letak air panas dalam dulang oven).
6) Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang, sapukan strawberry jam.

   Rasanya yang agak masam kerana tambahan yogurt. Mungkin boleh kurangkan lemon untuk mendapatkan rasa cheese yang lebih.

p/s :  Satukan jam bersama gelatin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik.


Nasi Beriyani Faizah


Rujuk belakang bungkusan rempah Faizah je dan di sini

Bahan-bahan : 

3 cawan beras Basmathi
1 cawan susu segar + 3 cawan air
rempah 4 sekawan
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar rempah Beriyani Faiza
sedikit pewarna kuning
1 helai daun pandan (disimpul)
sedikit kismis hitam
sedikit kacang gajus
2 sudu besar butter (Saya guna minyak sapi)

Cara-cara : 

1. Basuh beras Basmathi dan rendam selama setengah jam. Toskan, kemudian panaskan periuk. Cairkan butter/ minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan dan masukkan rempah Beriyani tadi, kacau sebati.

2. Masukkan beras dan kacau lagi, biarkan seketika. Kemudian, masukkan susu segar, air, kiub pati ayam, daun pandan. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. 

3. Jangan kacau nasi sehingga kering. Apabila kering, buatkan lubang menggunakan chopstick dan masukkan pewarna di setiap lubang untuk mendapatkan warna nasi yang cantik. Akhir sekali, taburkan daun bawang, bawang goreng dan kismis. 


Hadiah dari Australia

   Hari ni, posmen datang bawa bungkusan. Selalunya, bila bunyi loceng, ibu SC akan pastikan siapa yang datang baru buka pintu. Kadang-kadang juru jual pun akan tekan loceng. Maklumlah ibu SC masih belum faham bahasa Jepun. Risau jugalah sebenarnya. So, Cik Abang pesan kalau ada posmen atau polis je buka pintu. Other than that, ignore je..

   Jeng...jeng....


Thanks Cik Lan & Cik Anne..


Mari gayakan...


Chiba Zoological Park

8 Disember 2013

   Minggu ni Cik Abang agak sibuk menyiapkan tugasan. Hari Sabtu, ibu dan Samurai Cilik berjalan di Aeon sahaja, cari mainan dan buku. Tapi pilihan buku sangatlah terhad, susah nak cari buku English. Akhirnya, beli buku dwibahasa untuk Samurai Cilik. Sementara tu, ibu pun belajar nihonggo (bahasa Jepun) sekali...hehe.
     
  Hari Ahad pula, pada sebelah petangnya kami ke Chiba Zoological Park. Dekat sahaja , lebih kurang 20 minit perjalanan. Walaupun agak lewat ke sana, tapi puas jugalah kami berjalan melayan karenah Samurai Cilik. Tempat ini menempatkan beberapa jenis haiwan sahaja (kecil daripada Zoo) dan disediakan juga tempat permainan untuk kanak-kanak. Bayaran 500yen untuk parking dan 500 yen untuk tiket masuk. Kamera pun tak bawa, ambil gambar guna handphone sahaja. 

  
Pokok dah bertukar warna dan keguguran menandakan musim winter akan tiba...
Samurai Cilik n ayah naik skyjet
Ibu posing le apa lagi...
Lama tak tengok gajah..

Anak dan bapa berposing pula...




Kanak-kanak membersihkan sisa dan bulu kambing..
Dapat pegang kambing..
















4.12.13

Autumn in Chiba

23 November 2013
  Trip kali ini bersama tiga orang adik Chiba sahaja. Memandangkan ramai yang tak dapat sertai kerana ada hal masing-masing, kami teruskan juga perjalanan ke Kameyama Dam dan Yurokeikoku River. Kawasan yang agak terkenal di Chiba pada musim luruh. Terima kasih adik-adik yang drive dan tolong usung Samurai Cilik di air terjun. hehe..







Ikram, ayah SC dan Nazriq

                                                                                                                       credit to Afif 


Model atas batu

Ayah SC pun nak jadi model



at Kameyama Lake