9.12.13

Chiba Zoological Park

8 Disember 2013

   Minggu ni Cik Abang agak sibuk menyiapkan tugasan. Hari Sabtu, ibu dan Samurai Cilik berjalan di Aeon sahaja, cari mainan dan buku. Tapi pilihan buku sangatlah terhad, susah nak cari buku English. Akhirnya, beli buku dwibahasa untuk Samurai Cilik. Sementara tu, ibu pun belajar nihonggo (bahasa Jepun) sekali...hehe.
     
  Hari Ahad pula, pada sebelah petangnya kami ke Chiba Zoological Park. Dekat sahaja , lebih kurang 20 minit perjalanan. Walaupun agak lewat ke sana, tapi puas jugalah kami berjalan melayan karenah Samurai Cilik. Tempat ini menempatkan beberapa jenis haiwan sahaja (kecil daripada Zoo) dan disediakan juga tempat permainan untuk kanak-kanak. Bayaran 500yen untuk parking dan 500 yen untuk tiket masuk. Kamera pun tak bawa, ambil gambar guna handphone sahaja. 

  
Pokok dah bertukar warna dan keguguran menandakan musim winter akan tiba...
Samurai Cilik n ayah naik skyjet
Ibu posing le apa lagi...
Lama tak tengok gajah..

Anak dan bapa berposing pula...




Kanak-kanak membersihkan sisa dan bulu kambing..
Dapat pegang kambing..
















No comments: