Pejam celik sekejap je Samurai Cilik dah masuk 8 bulan. Apa yang si kenit ni dah pandai buat :
1) Makan dengan seleranya (bubur + lobak + sawi + labu + pisang + epal + ayam)
2) Pantang buka pintu mesti nak keluar (kami terpaksa kunci pintu sliding rumah Jepun)
Tiada cara lain..guna kunci papan kenyataan..hehe |
3) Mula nak merangkak
4) Dah mula memaut sana sini
5) Tak suka mainan sangat, suka benda yang kita sedang pegang (jimat duit ayah)
6) Hentak kaki macam nak runtuh rumah
Perkara yang paling kami tunggu :
1) Tidur awal (selalunya SC tidur jam 2 - 3 pagi)
Payahlah ibu dan ayah nak bangun sembahyang Subuh kalau SC terus macam ni. Kami mula latih dia tidur awal, tapi masih tidak berjaya. Harap satu hari nanti SC dapat tidur awal supaya ibu dan ayah dapat bangun pagi dengan bersemangat.
2) Minum susu ibu sepenuhnya..no more formula milk..yang ni ibu masih berusaha..pelbagai dugaan dan cabaran. Maaf yer anak ibu...Walaupun tak fully bf, tapi titisan emas tu masih ada. Memandangkan susu di Jepun kebanyakannya tak halal, susu formula untuk Samurai Cilik masih dibekalkan dari Malaysia oleh atuk dan nenek. Kadang-kadang menangis gak sebab tatkala bayi lain minum susu ibu, SC terpaksa minum fm.
tu dia gigi Samurai Cilik mula nak tumbuh...
|
Moga Ahmad Naufal Bin Adie menjadi anak yang soleh, sihat, cerdik, taat pada perintah agama dan dapat menjaga kedua ibu bapanya nanti. Amin..
No comments:
Post a Comment