30.3.13

Seminggu bersama Cik Lan & Cik Anne

 Selamat Pengantin Baru

   Tetamu pertama dari Malaysia yang berkunjung ke teratak kami ini ialah uncle and auntie Samurai Cilik yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Seronok sangat bila dengar mereka nak datang. Kebetulan ayah SC pun masih bercuti. Yey, ibu dapat join percutian mereka.


Hari Pertama
   Ketibaan yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Kami bergerak sejam awal dari rumah untuk ke Haneda Airport. Alhamdulillah, mereka sampai pada masa yang dijangkakan. Kami terus pulang ke rumah memandangkan hari sudah lewat malam. Ibu hidangkan dengan sedikit juadah. Jeng jeng jeng, bekalan yang mereka bawa dari Malaysia. Macam-macam ada antaranya burger, nuget, ayamas, sambal goreng, serunding, acar buah, tempeyek, petai, jering, serai, daun limau dan susu SC penuh satu luggage. Terima kasih orang Melaka. 

Ni semua barang untuk kami....

Hari Kedua
  Pengambaraan bermula. Memandangkan hujung minggu, jalan ke Tokyo tidak sesibuk hari bekerja. Kami mulakan perjalanan di sekitar Tokyo. Tempat yang dilawati ialah:
1) Asakusa - tempat terkenal membeli omiyagi (cenderahati)
2) Ueno Park - hunting for sakura   

   Tempat-tempat yang dilawati dibanjiri orang ramai yang turut meraikan kehadiran sakura. Bertuah mereka datang ke sini disaat sakura berkembang. Memang seronok melihat telatah pengantin baru ni.

at Asakusa
Ueno Park






Hari Ketiga
   Kali ini kami ke Odaiba. Memandangkan cuaca tidak mengizinkan, pagi tu kami menghabiskan masa lunch di The Oven yang menyajikan hidangan secara buffet. Puas juga kami makan di sini sambil menikmati pemandangan yang indah. Turut dilawati mereka ialah Trick Art Musuem dan Gundam Front Tokyo. Perjalanan diteruskan hingga ke Sumidagawa River untuk menikmati pemandangan sakura di waktu malam. Romantik rasanya..pengantin lama pun nak bergambar juga..

Bergambar sebelum makan
Bila mereka bertemu...ni lah jadinya...huhu





Hari Keempat
   Memandangkan hari ini ayah SC akan mendaftar diri sebagai pelajar PhD di Chiba University (sebelum ni sebagai penyelidik), mereka memilih untuk travel sendiri ke salah satu kawasan perkampungan di Jepun iaitu Sawara. Alhamdulillah..mereka selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Kemudian mereka berpatah balik ke Narita dan bermalam di sana.

Hari Kelima
   Pagi ini kami ke Narita mengambil Cik Lan dan Cik Anne untuk ke Bosou No Mura. Walaupun hujan renyai-renyai, kami tetap teruskan perjalanan.







1 2 3 lompat...

Hari Keenam
   Menghabiskan masa di Tokyo Disneyland. Tidak sempat menjelajah ke semua tempat disebabkan terlalu ramai pengunjung.

Naufal seronok nak masuk Disneyland







us


Ramainya orang....

 With Goofy






    Dah penat berjalan, malas nak masak. Kami pun dinner sushi je...



Cik Lan dah tak larat tu...
Hari Ketujuh
  Hunting for lavendar dan bunga lain pula (dah puas melihat sakura). Kami ke Tokyo German Village dan picnic di sana.











lavendar...


   Petang dan malam pula, kami ke shopping mall mencari ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia. Hanya buah tangan yang tak seberapa daripada kami.

Hari Kelapan (terakhir)
   Pagi-pagi lagi mereka berbasikal di sekitar Chiba University. Kemudian, ke Chiba Castle dan lunch terakhir di rumah kami. Memandangkan jalan agak sesak, kami hanya singgah ke Tokyo Tower sahaja sebelum ke Haneda Airport.

Di hadapan Chiba Castle

Sakura lagi...


Cik Lan join aktiviti alihkan soba guna buluh

Tokyo Tower


   Tokyo Tower mengakhiri percutian mereka. Harap mereka berpuas hati bercuti di bumi sakura ini. Maaf jika ada kekurangan.

Selamat jalan Cik Lan & Cik Anne



No comments: