Bosan asyik makan roti potong je, kali ni nak cuba buat roti burger pula. Tengok stok burger ada dalam peti ais (beli di surau). Alhamdulillah, jadi juga roti untuk dibuat sarapan esok hari.
Resipi saya ambil dari
sini (jiran yang dah pulang ke tanah air). Membantu juga dalam menyediakan makanan yang sesuai dengan bahan yang ada di sini.
Bahan2
400 g tepung roti
20 g gula halus
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu besar susu tepung
2 sudu teh instant yeast
250 ml air
30 g lemak sayur (shortening)
Cara2
1) Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur, gaul rata. Tuang air dan gaul hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 minit menguli jika guna tangan).
2) Bulat-bulatkan doh dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam.
(Saya lebur sahaja dalam breadmaker dan pilih setting doh - lebih kurang 45 minit )
3) Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, kemudian bagi kepada 10 bahagian sama besar.
4) Ambil satu bahagian, kemaskan dan bulat-bulatkan doh, letak dalam paper cup khas berukuran 4 cm, dan tekan sedikit doh tadi.
5) Buat hingga siap.
6) Perap selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda.
7) Sapu permukaan setiap doh dengan putih telur, tabur sedikit bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit
p/s :
- Tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ada lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.
- Tips untuk mendapatkan
roti yang berkilat gliss dengan baki telur tadi +1sk susu segar +beberapa titik madu. ( yang ni tak buat sebab baru tengok di
sini )