12 Oktober 2013
Cosmos |
Tolak stroller...hehe |
Penat nak kejar SC |
Group photo.... |
Sempat juga ibu SC buat kek ni sebagai bekalan. Isi perut dengan sandwich by Kak Suri. Bawa juga bekalan (nasi impit, kuah kacang dan rendang). Tapi tak sempat makan, makan kat luar sebab ramai, takut tak cukup pula plus pinggan mangkuk bawa sikit je. Tak seronok pula nanti ada yang makan ada yang tak. Ingatkan tempat ni macam pasar tani, tak sesuailah picnic, rupa-rupanya besar juga.
Singgah ke gerai jualan. Kami semua borong kacang botol..habis jualan kacang botol kat gerai tersebut. Orang Jepun pelik sebab ramai yang beli, mereka ingat kita buat tempura kacang botol, rupanya makan macam tu sahaja sebagai ulam.
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's (guna Van Haunten)
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)
Cara Penyediaan :
Chocolate Mousse
200 ml whipping cream
2 sudu gula
3 sudu serbuk koko dibuat pes
1 sudu besar gelatin halal + 4 susu besar air sederhana panas
Cara-cara :
1) Masuk semua bahan kecuali gelatin dan pukul.
2) Bila hampir gebu masukkan gelatin dan pukul hingga gebu.

1) Panaskan oven pada suhu 150c dengan membakar secara perlahan.
2) Lenser loyang dan lapik dengan baking paper. Saya guna loyang 20cm dan 16cm.
3) Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.
4) Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
Resipi Mousse dan Ganache ambil di sini
Chocolate Mousse
200 ml whipping cream
2 sudu gula
3 sudu serbuk koko dibuat pes
1 sudu besar gelatin halal + 4 susu besar air sederhana panas
Cara-cara :
1) Masuk semua bahan kecuali gelatin dan pukul.
2) Bila hampir gebu masukkan gelatin dan pukul hingga gebu.
Cara meletakkan Chocolate Mousse :
Setelah kek diatas siap dan sejuk tanpa mengeluarkan dari loyang masukkan lapisan coklat mousse. Ratakan dan simpan di dalam peti sejuk. Guna loyang yang boleh dibuka dari bawah (springform) .
Ganache
200 ml whipping cream
500g coklat masakn / 2 bar coklat Meiji (ikut Ita)
1/8 cwn golden syrup
4 sudu serbuk koko
Cara-cara :
1) Double boiler whipping cream hingga mendidih.
2) Dengan menggunakan api yang kecil masukkan coklat masakan. Kacau sebati dan tambahkan golden syrup.
3) Setelah sebati kacau dan padamkan api.

Cara menghias :
Setelah kek yang disimpan di dalam peti sejuk siap. Keluarkan dari loyang. kemudian tuangkan coklat ganache di atas kek tersebut. Ratakan dan hias.
Setelah kek yang disimpan di dalam peti sejuk siap. Keluarkan dari loyang. kemudian tuangkan coklat ganache di atas kek tersebut. Ratakan dan hias.
No comments:
Post a Comment