Memandangkan Hari Raya Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Selasa, ramai pelajar Malaysia di Chiba yang terpaksa menghadiri kelas seperti biasa. Mereka sembahyang raya di sini sahaja. Kami berkesempatan ke Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo. Bertolak seawal jam 5:30 pagi dan sampai lebih kurang jam 8:00 pagi. Sempat sembahyang raya dan menikmati juadah yang disediakan. Cuma yang tak ada binatang sembelihan. huhu..Takbir raya mengubat rindu kami akan suasana raya korban di Malaysia.
|
Yani dan kami sekeluarga |
|
Kawan baik ayah SC zaman belajar |
|
Warga Chiba yang ada..Yani dan Ros |
|
Salam Aidiladha daripada kami.. |
|
girls...
|
Habis majlis, kami terus pulang ke Chiba kerana mereka terpaksa ke lab masing-masing. Namun, amaran taufan diberi dan pelajar dikehendaki pulang ke rumah masing-masing seawal mungkin. Beginilah hidup di negara orang, pelbagai bencana alam menimpa. Gempa bumi dan taufan sering berlaku di sini. Namun, rakyat di Jepun sentiasa bersedia. Sesungguhnya, kuasa Allah yang Maha Besar. Semoga kami di sini diberi perlindungan dan rahmat daripada-Nya. Amin.
No comments:
Post a Comment