14.11.13

Appreciating the Coming of Autumn

31 Oktober 2013

   Kali ini kami berkesempatan ke Nikko iaitu salah satu tempat menarik yang menjadi tumpuan utama bagi meraikan kehadiran musim luruh di Jepun. 

 Antara tempat yang kami lawati ialah Sejogahora, Kegon Fall dan sekitar Lake Chuzenji. Subhanallah..cantik sungguh alam ciptaanMu.

  Seharian berjalan, kami berehat dan menginap di Kinugawa Onsen Hotel. Sangat berpuas hati dengan suasana dan konsep rumah Jepun. Rasa macam honeymoon kedua pula tapi kali ni bersama Samurai Cilik. Hehe. Pada sebelah malamnya, kami hanya berehat dan makan bekalan yang dibawa. Tak larat rasanya nak berjalan lagi. Menikmati suasana di sekitar hotel sahaja. 

Sejogahora




Sekitar Lake Chuzenji




 








Kegon Fall








1 November 2013

  Pagi-pagi lagi kami bersiap untuk ke Kinugawa Tateiwa Bridge. Kemudian ke Edo Wonderland dan diakhiri dengan menaiki bot menyusuri Kinugawa River.

  Ibu berkesempatan memakai kimono dan ayah SC berpakaian hakama sepanjang berada di Edo Wonderland. Walaupun kos sewa baju yang dikenakan agak mahal iaitu 5000yen seorang, tapi kami berpuas hati dapat memperagakan pakaian tradisional Jepun bersesuaian dengan suasana dan bangunan yang bercirikan Zaman Edo. 

Kinugawa Tateiwa Bridge






Edo Wonderland
































Menyusuri Kinugawa River


















No comments: