Mari banyakkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Buka Facebook, tengok gambar ayah tengah berselawat sempena Sambuatan Maulidur Rasul peringkat kampung. Ya Allah, rindunya pada ayah. Seorang ayah yang banyak berjasa, berkorban untuk memberikan keselesaan dan kesenangan hidup pada anak-anaknya walau dia susah sekalipun. Jasamu sangat kukenang. Walau kini berada jauh, sentiasa mengingatkan kami tentang tanggungjawab pada pencipta. Semoga didikan agama yang diberi dapat kami curahkan pada cucu kesayangan beliau Samurai Cilik.
Walaupun sudah berkeluarga, teringat kasih sayang ayah di saat aku ingin melahirkan Samurai Cilik. Tika suami di sisi, namun ayah masih memberi semangat padaku umpama kanak-kanak kecil. Terima kasih ayah!!!
No comments:
Post a Comment