Memanjangkan kaki ke Kota Fesyen, Ginza. Niat di hati bukan untuk membeli-belah, nak masuk pun segan..hehe. Cuma berjalan-jalan sahaja. Kalau nak shopping, berani ke premium outlet sahaja kat sini. Ginza ni tempat terkenal membeli belah barangan berjenama.
Disebabkan parking mahal di kawasan ini, kami menaiki subway dari Ryogoku ke Ginza. Sebenarnya di Ryogoku, kami nak ke Edo Tokyo Musuem tapi tak kesampaian disebabkan ramai orang. Maybe next time datang lagi. Alang-alang dah parking di situ, kami pun memanjangkan kaki ke Ginza.
|
Kemudahan tandas yang sentiasa akan dirindui bila kembali ke Malaysia.. |
|
di hadapan mercu tanda Ginza, jam besar |
|
Jom masuk kedai belakang tu... |
|
Di hadapan Kabuki Za, theater wayang ala-ala Jepun |
No comments:
Post a Comment