17.2.14

Black Forest Cake

 Sempena meraikan Soubetsukai (Majlis Perpisahan) 2014, ibu SC dan adik Syadah menyediakan kek yang agak istimewa bagi kami. Setengah hari juga siapkan Black Forest Cake ini. Resipi kek coklat seperti biasa di sini dan cara-cara mendeko dan resipi mousse kami ambil dari woodlandbakeryblog. Thanks Cik Abang tolong jaga Samurai Cilik. Ibu SC buat juga kuih puteri ayu sebagai penyeri majlis. Main menu disediakan oleh adik-adik di sini.  

 Majlis seperti biasa diadakan di Chiba University International House Hall. Tahniah buat adik-adik yang telah berjaya menamatkan pengajian dan beberapa orang penyelidik yang juga akan pulang pada tahun ini. Semoga ikatan yang terjalin akan berterusan sekembalinya ke tanah air. 

Black Forest Cake..

Puteri Ayu...
Resipi Puteri Ayu di my resipi :

5 biji telur (guna 4 biji shj - telur tak cukup pula dalam simpanan)
250 gm tepung gandum (guna 200gm)
250 ml santan (guna 200ml) 
300gm gula (guna 200gm)
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar ovallatte
2 sudu kecil perasa pandan
I sudu kecil pewarna hijau
kelapa putih secukupnya digaul dengan garam dan tepung ubi sediki

Cara-cara : 
1) Panaskan kukusan.
2) Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3) Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, perasa pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4) Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5) Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6) Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.


Antara dessert yang disediakan..







Acara memotong kek untuk yang diraikan

Samurai Cilik main ballon...

Gambar kenangan semua yang hadir

Persembahan dari mereka yang diraikan

Sesi ucapan dan luahan hati..

Seronoknya dapat lari-lari...

Penyampaian hadiah


  Terima kasih kepada semua yang terlibat. Memang tak rasa sunyi walaupun berada di negara orang. Majlis tamat kira-kira jam 9:00 malam. 

No comments: