22 Februari 2014
Pada musim winter, aktiviti wajib bagi kami di sini ialah memetik (gari) strawberry (ichigo). Alhamdulillah, kami ke Maruki Srawberry Farm yang terletak kira-kira 40 minit dari rumah. Apa yang menarik di ladang ini, mereka menanam pelbagai jenis buah strawberry terbaik Jepun sepeti Tochiotome dan Fuchinoka. Pelawat dibenarkan memetik dan makan seberapa banyak dalam tempoh 40 minit. Green house dinomborkan dari 1-5 mengikut jenis. Apabila pelbagai jenis, maka pelbagai bentuk dan rasalah..ada yang terlalu manis dan ada yang masam manis. Tapi memang puaslah makan sampai kembung perut. hehe..
|
Besar juga strawberry ni..makan sebiji pun dah kenyang |
|
Cicah bersama susu manis.. |
|
Green house dinomborkan mengikut jenis |
|
Cak...Rugi Samurai Cilik tak makan strawberry... |
Selepas aktiviti memetik, kami singgah ke Pantai Kujukuri menikmati angin laut. Tak sanggup rasanya hingga ke tepi pantai. Bergambar sekejap dan terus masuk kereta. Tapi adik-adik Chiba, tahan sejuk tu, siap boleh main-main lagi. Kami surrender....
Sebelum pulang, kami sempat singgah makan seafood BBQ sambil menikmati sunset. Memang sedap makanan di sini, simpan siap-siap
alamat for the next time maybe.
|
Suasana restoran... |
No comments:
Post a Comment