22.9.13

Noritake Garden

  Kali pertama ibu Samurai Cilik memandu kereta di Jepun. Perjalanan dari Chiba ke Kyoto mengambil masa yang agak lama iaitu lebih kurang 6 jam (500km dari rumah kami). Kami terpaksa bergerak seawal jam 4:30 pagi bagi mengelakkan kesasakan lalu lintas melalui bandaraya Tokyo.

                                                        
Jauh juga tu...

Siapa tu???
  Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar dan sempat juga singgah di bandar Nagoya untuk ke Noritake Garden. Di situ terdapat muzium (bekas tapak kilang) dan pusat penjualan pinggan mangkuk yang terkenal di Jepun. Apa lagi, ibu SC tidak melepaskan peluang yang ada. Sempat jugalah mencuci mata dan akhirnya hasil tangkapan hanya dua biji pinggan berserta sudu dan garfu. Fikiran jadi rungsing bila isu fine bone china. Beli kalau tak boleh guna buat apa kan?? Ingat nak beli satu set. Tapi masih ragu-ragu. So, sempat juga membuat bacaan di internet untuk mendapatkan kepastian.
   
Akhirnya, kesimpulan yang diperoleh walau tak berapa pasti :
1) Fine bone china made in Sri Lanka sahaja boleh
2) Ada juga mengatakan fine bone china semua boleh sebab dibakar pada suhu 1000 darjah celcius, maksudnya bentuk dan fizikalnya berubah.

Tapi, kalau nak yang made in Japan, beli fine porcelain jela..

Apa pun, tepuk dada tanya diri masing-masing. Hanya panduan saya pada masa akan datang.


No comments: