20.9.13

Ucapan Hari Lahir oleh Krew Air Asia

   Sehari sebelum pulang ke Jepun, keluarga terdekat mengadakan bbq sempena kepulangan kami. Pengantin baru juga turut sertai. Antara menu pada malam tersebut ialah nasi lemak (Masadi-dalam bungkusan daun pisang..memang sedap), laksa nyonya, salsa, smoke salmon, salad buah, siakap, kambing, daging, ayam bakar dan macam-macam lagi. Pada malam tu juga kononya nak celebrate birthday ibu Samurai Cilik, ayah SC belikan Oreo Cheese Cake...tapi seganlah tua-tua sambut tempat terbuka..hehe..Jadinya, anak-anak buahlah tiupkan lilin. Walau apa pun, terima kasih atas ingatan.

  Disebebkan keletihan juga pada malam tu, malas rasanya nak mengemas barang. Pagi sebelum bertolak ke LCCT sempat juga ibu mertua dan kakak ipar buat sedikit juadah untuk sarapan beramai-ramai dan sedikit bekalan untuk kami. Nenek Samurai Cilik pula sempat juga membuat kek kegemaran ibu SC. Rasa terharu dan bersyukur dikurniakan keluarga yang mementingkan kasih sayang. Sebak rasanya nak meninggalkan mereka. 

  Alhamdulillah, kami sampai ke LCCT dan selamat menaiki kapal terbang. Semasa dalam penerbangan, ibu SC terima kad ucapan hari lahir oleh krew Air Asia. huhu...(ingatkan dapatlah hadiah special)...tak lah rasa bertuah sangat..tup tup sebelum turun, mereka buat ucapan terbuka dalam kapal terbang sambil diiringi lagu "happy birthday"..terharulah juga...sebab dalam tu memang tak ramai orang melayu, so penumpang lain dapat agaklah hari jadi siapa...hehe..Happy birthday to Cik Nor Nadiah..(perasan je)

ucapan oleh krew Air Asia

Budak dah dapat kaki, nak merayau dalam flight

aktiviti dalam flight

Yey, dah sampai..


sibuk nak tolak..
 

No comments: