11.9.13

Tertinggal Flight

   Peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Penuh bersemangat sampai tak tidur malam dibuatnya. Akhirnya, siap juga mengemas barang untuk dibawa balik, mengosongkan peti ais dan mengemas rumah. Maklumlah, nak bercuti hampir sebulan. 

  Nak dijadikan cerita, kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 6:00 petang sejurus Cik Abang pulang dari lab menyiapkan tugasan terakhirnya. Kami menaiki bas untuk ke Haneda Airport dari Chiba Station. Kiranya kami berbuka puasa di dalam bas. Sampai di sana lebih kurang pukul 8:00 malam. Kami terus check in. Rasa lega sebab dah duduk dalam airport. Ada masa lagi 3 jam untuk penerbangan kami. Kami rehat dan sambung makan. Dalam jam 10:30 malam, kami masuk ke balai berlepas. Flight kami jam 11:55, kira kami masuk ke balai berlepas sejam sebelum (ikut pengalaman datang ke Jepun tempoh hari menaiki MAS). 

  Jeng..jeng...setibanya di balai berlepas, tak disangka sampai ke luar orang beratur. Sebelum ini, kami menghantar adik ipar yang datang ke sini tak macam ni. Risau dibuatnya. Dahlah scan barang pun macam-macam kantoi. Sedangkan barang-barang bayi semua dah diasingkan tapi terlupa pula botol susu masih dalam beg. Kenalah geledah beg. Segala barang elektronik semua dikeluarkan. Cik Abang pula, scan je asyik bunyi, tali pinggang, kasut semua buka. Lama juga kat situ. 

  Beratur pula di Bahagaian Imegresen..masa tu memang cuak sangat sebab line kami tak bergerak-gerak. Rupanya 2 line jadi 1 line. Patutlah orang sebelah dah lama lepas imegresen. Lagi cuak dibuatnya. Tambahan pula, seorang petugas pun tak ada nak minta tolong. Nampak kelibat petugas Japan Airlines je yang tayang play card untuk penerbangan yang terlambat. Masa tu asyik berdoa je. Dalam hati memang rasa dah tak sempat. Tapi Cik Abang kata sabar (takkan nak potong line, orang Jepun sangat berdisiplin dan beretika). Tiba-tiba terdengar nama dipanggil. Kami dah sampai imegresen waktu tu. Masalah pula sebab tak isi form (kami ingatkan tak payah isi sebab dah ada IC Jepun). Merayu dah time tu kat mereka tak payah isi sebab dah lambat (semua jadi tak rasional). Sedangkan tu memang dah prosedur untuk keluar negara, tak akan mereka nak lepaskan macam tu sahaja.

  Kami dah bertekad, lepas je isi form kami nak berlari untuk ke gate. Memang betul2 berlari dengan bawa Samurai Cilik. Mengah juga dibuatnya....apa jadi lepas tu???


to be continued....



No comments: