Arwah pergi meninggalkan kami tanpa tanda-tanda yang nyata. Sebelum pemergiannya, arwah meminta mengambil rambutan yang buahnya sangatlah tinggi. Atuk Samurai Cilik terpaksa juga menuruti kehendak orang tuanya kerana tercabar dengan ayat terakhir arwah iaitu "Kalau kau tak ambil, aku boleh ambil sendiri, rendah je tu". Sejurus diambil, rupa-rupanya buah rambutan tersebut bukannya dimakan, tetapi untuk cicitnya iaitu Samurai Cilik. Sedih dengar cerita tersebut. Ingat juga cicitnya yang duduk di Jepun. Sempat jugalah arwah mengusap kepala SC semasa menjenguk arwah sebelum ini.
Hanya sedikit kekesalan, tak sempat berborak panjang dengan arwah sebab sibuk dengan persiapan hari raya dan majlis perkahwinan. Pada masa tu, terasa bahawa masa sangat berharga. Walaupun sesibuk mana kita, tapi orang tersayang jangan dilupakan.
Bakal pengantin di tanah perkuburan...tabah menghadapi ujian Ilahi |
Walabagaimanapun, majlis perkahwinan Pak Long Samurai Cilik tetap dijalankan. Berat rasanya dugaan kami sekeluarga pada masa tu. Majlis mungkin tak semeriah yang dirancang sebelum ini. Lagu-lagu perkahwinan ditukar kepada bacaan ayat-ayat al-quran, alunan zikir dan nasyid. Sebelum majlis berlangsung, pengantin membaca yasin untuk disedekahkan kepada arwah atuk. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Next entri, saya kongsikan gambar kenangan sempena Majlis Perkahwinan Nazri & Anis Syafiqah.
No comments:
Post a Comment